MUDAHNYA MENCUCI DI DOBI LAYAN DIRI


Selamat Pagi dan Assalamualaikum, 

Superpapa adalah salah satu dobi layan diri yang pakar dalam bidang pembersihan pakaian. Pelanggan menikmati cucian yang harum dalam masa 1 jam . Kelebihan dobi kami adalah bersebelahan dengan restoran mamak yang popular di Seksyen 15, Bdr Baru Bangi.

Anda tidak digalakkan membawa sabun dan pelembut kerana ianya dipam secara percuma . 
Selepas cucian, pakaian menjadi harum dan lembut. Bagaimana ianya terjadi?? Setiap pakaian mengandungi habuk degil yang melekat. Jadi semasa pengeringan, semua habuk di pakaian akan disedut dan menjadikan pakaian selembut sutera. 

Dengan wujudnya Dobi Layan diri, masa bersama keluarga lebih terjamin. Kami faham kesibukan bekerja juga menjadikan anda tiada masa untuk mendobi. 
Sidai kain antara perkara yang melecehkan. dan paling stress bila hujan turun. Pakaian akan berbau hapak dan terpaksa dicuci semula.

Sebab itu wujudnya DOBI LAYAN DIRI di setiap lokasi berhampiran rumah anda. Kepada penduduk Bangi dan yang berdekatan dengannya boleh terus datang ke Dobi kami di sek 15 sebelah restoran Al Fariz Maju. 

Mesin bukan lagi keutamaan kerana kami menyediakan mesih dengan muatan 14 kg hanya dengan RM6 sekali cucian dan RM4 untuk pengeringan baju. 


Comments

Popular posts from this blog

MUSIM HUJAN? TAK MENGAPA....

MENCUCI SAMBIL BERSANTAI DI SUPERPAPA